awesome partisan (:

MukaSurat

through hard and easy (:

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 26, 2011

"unbreakable" part I

Unbreakable??

Ape tuh?? Kalau makne dalam Bahasa Melayu memanglah semua orang tahu x boleh pecah..tapi, ape yang pecah? ha ha ha. Ini mmg tak ade kaitan dengan barang yang pecah ke ape ke, tapi aku nak mnyentuh tentang 'unbreakable' dlm perhubungan. As a teen mestilah ramai yang tgh dlm pelayaran percintaan kan tapi x ramai yang boleh stay lame. Even kitorang pon walaupun dari ape yang korang perhatikan secara rawak and physically nye, walaupun ayat2 lazim yg kitorang selalu dgr 'sweetnye korang', 'wow!! romantik lahh u dgn die' dan sewaktu dengannye kan, kitorang still x boleh berpisah dengan konflik. Kadang2 tuh smpai kitorang dah tercerai talak satu dah pon..hehe. Bende mcm ni biase lah dlm hubungan. Org cakap x manis sesuatu hubungan tu kalau xde pahitnye :) Bagi aku, kebanyakannye lah kan tapi x semua penyebab korang putus cinta adalah dtgnye daripada lelaki. Yes, i am man and i realized it now based on my experiences. Hasil hubungan aku dgn cik F bukan sahaja mngajar aku erti berkasih sayang tp pengalaman bersama tu yg mndewasakan aku. Aku ade senaraikan beberapa pndangan aku.

gentle!!!
as a man
isu2 di pihak lelaki yang menjadi punca utama putusnya sesebuah hubungan percintaan..mane2 lelaki yang bace post aku ni kalau x puas ati bole jumpe aku man to man oke..

FIRST
Si lelaki x lagi merasakan si perempuan cantik dan menarik. Aku guna perkataan ‘merasakan’ ni sebab benda ni macam tak berasas. Kadang-kadang si perempuan takde pun berubah apa-apa, maintain atas dan bawah tapi tibe-tibe si lelaki ni nampak si perempuan dah kurang menarik. Ape kejadahnye?

SECOND
Si lelaki nak berfoya-foya dengan mengecapi keseronokan dunia. Dalam diri sang lelaki ni, memang konfem ada sifat dan perasaan ingin mempunyai perempuan lain and nak buat bende-bende yang biasanya memang mendatangkan masalah kalau si perempuan tahu pasal tu. Itu da memang lumrah. Yang membezakan pasangan bagus dan tidak bagus adalah mereka yang mampu mengawal perasaan tersebut dan tidak mengendahkannya. Maksudnye macam 'give and take' laaa..

THIRD
Si lelaki rase bosan kat si perempuan. Ada satu tahap si lelaki akan cepat merase bosan bersama si perempuan. Kebosanan ini datang mungkin disebabkan mereka selalu berjumpa, selalu bergaduh, selalu itu dan ini. Rutin boleh menyebabkan kebosanan. So, kalau boleh jangan terlalu mengongkong si lelaki dan berikan sedikit kebebasan kt kitorang.

FORTH
Last part ni paling penting. Si lelaki takut pada komitmen. Akan sampai satu tahap bila si lelaki akan merasa takut tentang masa depan. Dalam otak mesti fikir mana nak kerja, gaji berapa banyak dapat nanti, nak kasi duit kat parents nak kasi anak bini makan ape dan sebagainya. Pada tahap ni, si perempuan eloklah sangat kurangkan bercakap tentang kahwin dan apa-apa yang berkaitan dengannya sebab ia akan merunsingkan si lelaki. Beri kitorang untuk berdiri dan mengukuhkan status, barulah boleh berbincang tentang perkara yang lebih serius secara mendalam.

In general, dalam sesebuah hubungan percintaan tu pengorbanan mesti ada. Empat perkara atas ni memang akan terkena kat mana-mana lelaki, kalau tak semua mungkin satu atau dua. So, untuk menjadi kekasih yang terhebat tu kan, pengorbanan mesti dilakukan supaya cinta itu berkekalan. Pengorbanan dalam hal ini adalah dengan tidak mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan kemahuan diri sendiri sahaja sebaliknya memikirkan juga tentang kemahuan dan keinginan pasangan kita.

"Lelaki akan lebih bersedia untuk berkorban apa sahaja demi cinta apabila mereka melihat ada sinar dan harapan untuk hidup bahagia bersama pasangan mereka kelak."

Bila lelaki tidak kisah apa yang mereka mahukan sekarang dan hanya mementingkan kebahagiaan yang mereka akan kecapi setelah berkahwin nanti, itu bermaksud lelaki itu komited dalam hubungan cinta tersebut. At the end, semuanya datang daripada minda dan pemikiran lelaki itu sendiri samada ingin keseronokan sementara atau kebahagiaan yang berpanjangan.

by, ewan <3