awesome partisan (:

MukaSurat

through hard and easy (:

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 07, 2011

Based on True Story : Sad Ending

SKETSA PENDEK KOMEDI ROMANTIK
pelancaran rasmi pada 7 Ogos 2011

Arahan dan skrip oleh : hizwanEwan


Watak
Sepasang suami isteri yang baru berkahwin bernama Ewan dan Farah. Bak kata orang pasangan 'FRESH'.
p/s : Nama watak adalah rekaan semata mata dan tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Lokasi
Balkoni Kondominium mewah di sekitar Bukit Antarabangsa, Ampang.

Situasi
Ewan, pria pujangga berusia lingkungan 30-an sedang melepak minum kopi di balkoni mewah rumahnya pada hujung minggu. Bertemankan surat khabar Utusan di tangan, beliau meneguk sedikit demi sedikit kopi hasil air tangan isteri tercinta. Ewan terpandang isterinya, Farah yang sedang seronok menelaah sebuah buku. Tiba tiba air mata isterinya mengalir. Timbul keraguan di hati Ewan. Lantas suaminya yang prihatin itu terus bertanya mengapa isteri kesayangannya itu menangis. Maka, drama sadis pun bermula...................


Ewan : Err..sayang, kenapa sayang menangis?
Farah : (Tunduk tidak berkata apa-apa)
Ewan : Sudah la tu sayang. Cube sayang cerita pada abang kenapa sayang menangis?
Farah : (Masih tunduk, diam dan tidak berkata kata)

Ikutkan hati, mahu sahaja Ewan menengking isterinya disebabkan respon yang mngecewakan. Oleh kerana terlampau sayang pada isterinya, Ewan masih juga bersabar. Diusap usap dadanya tanda menahan kesabaran.

Ewan : Kalau sayang teruskan macam ni abang pon sedih. (Ayat ambil hati)
Farah : Saya terlampau sedih bang. (menjeling tajam ke arah suaminya)
Ewan : Sayang..(sambil mencekup erat muka isterinya supaya berpaling ke arah beliau)..Sayang cuba bagitaw kat abang kenapa sayang beriya menangis ni?

(Ewan terus berharap.)

Farah : Saya baru lepas baca buku ni.
Ewan : Then? (sambil menggaru kepala)
Farah : Sad ending. Sedih la abang (dahi Farah semakin berkerut)
Ewan : Ohh. Sebab tu.

(Mereka berdua diam sejenak. Ewan menjadi bingung.)

Ewan : Buku apa yang sayang bace? (memecah keheningan)

Dengan tanpa perasaan ragu-ragu dan bersahaja isterinya menjawab;

Farah : BUKU BANK ABANG.
Ewan : Errkkkk.. -__- " (x mampu nk berkata apa-apa)

Gampang sungguh biniku.



kui kui kui



p/s : Lain kali buku bank tu kalau boleh tanam lah bawah pokok rambutan belakang rumah. Senang. Kompom xde orang yang bole tengok.

2 comments:

  1. Moral of the story..kalau kawen t jgn melebih sgt takut jadi mcm story kat ats tuu..siann botak kepala suamin nnti :p

    ReplyDelete